Doa Hari ini


Khamis, 5 Disember 2013

Angin..Air..Haiwan..Manusia.. dan mekanisme letupan

Apakah perkaitan antara air,angin,
 haiwan dan manusia...juga mekanisme letupan 
dengan tumbuhan ? 


Layari info berikut untuk mengetahui jawapannya.

Tumbuhan yang membiak melalui biji benih mempunyai
agen tertentu untuk membantu mereka menyebar
benih jauh dari pokok induk ( pokok asal )

Agen penyebaran biji benih ini dapat ditentukan dengan 
memerhati ciri sesuatu biji benih atau buah itu sendiri..






Cuba perhatikan ciri-ciri yang terdapat pada buah
dan biji benih di atas...
Dengan mengenalpasti ciri dan mengenal habitat
tumbuhan2 tersebut..
kita dapati ianya disebarkan oleh
agen air...

Sabut, kudup berspan  dan ruang udara
membantu buah terapung di atas
permukaan air..
Kulit berlilin mengelakkan serapan air
@ bersifat kalis air.
Apa haiwan dan manusia buat untuk bantu 
benih tumbuhan menyebar....





Terdapat 2 cara benih tumbuhan tersebar oleh haiwan dan manusia..

1. melekat pada bulu dan pakaian
ciri buah ..kering, bercangkuk..atau berduri...

2. buah dimakan oleh mereka dan biji benih disebar
merata dimana mereka makan atau...
dibuang semasa nyahtinja
Buah yang sedap..lazat ..bau harum
ummph..Yummy....

Dried...and burst....????




Ok...
tengok gambar boleh faham kot..
Good Luck!!
Apa yang berlaku!....

Oh..angin bertiup kuat..
melayanglah kita ke destinasi baru..



Contoh benih yang disebar oleh angin..
ringan..bersayap @ berkepak @ berbulu halus..
kecil.....
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat
membantu anda
memahami tajuk ini.

14 ulasan: